Begitulah kehebatan air mata taubat.
Tidak ternilai air mata dengan permata.
Tidak setanding 7 lautan madu dengan setitis air mata taubat.
Kerana air mata taubat mampu memadamkan api neraka.
Maka menangislah selalu.
Jangan dibazirkan air mata mu kerana menangisi nasib malang mu di dunia.
Atau kerana kehilangan sang kekasih.
Kerana memang Allah akan mengsilihgantikan antara kegembiraan dan kesedihan dalam kehidupan hamba-hamba NYA.
Agar manis senyum kesyukuran dapat diimbangkan dengan air mata taubat.
Tangisilah diri mu yang penuh dosa dan alpa.
Agar air mata taubat mu nanti menjadi pemadam api neraka.
Menangislah selalu kerana nasib kita belum tahu apakah kesudahan yang baik yang bakal kita kecapi atau kesudahan yang jelek yang menjanjikan azab sengsara
Oleh itu menangislah selalu agar tangisan mu itu menjadi penyelamat diri mu dari api neraka
Tuhan ku
Aku tidak layak untuk syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup untuk ke neraka MU
Oleh itu kurniakanlah ampunan kepada ku
Ampunilah diri ku
Sesungguhnya ENGKAU lah pengampun dosa-dosa besar
Inilah rahsia segelas air mata.
Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat
Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini
Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu
No comments:
Post a Comment