Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ya Allah ...
Demi nyawaku yang dalam genggam-Mu
aku bersaksi Tiada Tuhan selain Allah
dan Muhammad Adalah Nabi seluruh umat
Ya Ghafar...
menitis titik peluhku
dalam setiap langkah melawan nafsu
terhening aku ...
melihat dunia di zaman sekarang ya Robb...
Aku terpegun penuh haru dan duka
kerana budaya barat telah mendominasi kaum muslim..
wahai ukhti
engkau mengaku islam
namun sudahkah engkau mematuhi syar'i islam
aurat kau pertontonkan
rambut kau uraikan
baju mu ketat
berlenggak lenggok kesana kesini
sungguh dimanakah Hijab dan malu mu
atau mungkin engkau malah bangga??
Duhai akhi..
sedarkah engkau
bahawa hari Juma'at adalah hari yang begitu mulia namun mengapa engkau selalu melewatkan solat juma'at mu
astaghfirullah...
masihkah kita mengaku islam?
ingatlah semua akan di minta pertanggung jawapan nya
salam ukhuwah
No comments:
Post a Comment