Friday, 10 February 2012

AKU DAMBA SEORANG PENCINTA SETIA

Saat aku mulai mencintai seseorang
Saat aku sangat mengharapkannya
dia menghilang
Ketika aku mulai merasakan bahagia
aku dicampakkan
Ketika aku sangat memerlukannya
dia memilih yang lain

Aku bertanya pada Tuhan : “Yaaa.. Tuhan.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak mampu aku miliki????”
Tuhan menjawab : “…Kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya”
Aku kembali bertanya : “….Tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?”
Tuhan : “…Kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu”

Tuhan :
” Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, disaat kamu selalu mencari yang terbaik”
“Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego”
“Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu”

Selalu aku berdoa kepada yang Maha Esa
moga dikurniakn seorang insan dijiwa
tempat untuk ku curahkan segala rasa
perasaan yang tersimpan seribu satu makna
dikala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yang satu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan
Ya Allah…
TIDAK KU PINTA YANG MENAWAN
TIDAK KU HARAP YANG HARTAWAN
BUKAN JUA KERNA KEDUDUKAN
CUMA KU DAMBA INSAN YANG SEPADAN
Kasihnya sejati bukan keterpaksaan
biarpun derita yang menjadi rintangan
ketulusannya yang tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan…
” …Yang penting bukan siapa pasanganmu semasa kau nikahinya tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju Syurga “

1 comment: