Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 12 February 2012

SUKA PAKAI SELENDANG?

suka pakai SELENDANG?? bagaimana hukum pakai selendang menurut ISLAM?.. =)
...
...
...

"Tudung Muslimat, Tudung Syariat,
Tudung Aurat, Bukan Tudung Beraurat."

--> Perintah menutup aurat bagi perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali MUKA dan TAPAK TANGAN.

--> Ini berdasarkan dalil firman Allah Taala bermaksud:" Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya. (Surah al-Nur: Ayat 31)."

-->Adapun selain muka dan dua tapak tangan, seseorang wanita mesti menutupinya dengan erti kata tidak menampakkan bentuk tubuh serta bukan berpakaian jarang.

-->Begitu jugalah di bahagian dada. Iaitu perlu menutup bahagian yang boleh menampakkan bentuk tertentu itu. Oleh itu, pakailah tudung yang melebihi paras dada yang telah disebutkan ini.

-->Begitu jugalah dengan pemakaian SELENDANG. Jika menepati peraturan menutup aurat iaitu:
a) tidak menampakkan bentuk dada,
b) tidak jarang
c) menutup bahagian yg sepatutnya yg ditetapkan oleh syariat Islam


#Dengan ini, pemakaian tersebut adalah dibenarkan.
#Walaubagaimanapun, pemakaian tudung melabuhi di bahagian belakang lebih digalakkan. Wallahualam.








No comments:

Post a Comment