Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 31 January 2012

"Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh Di Jari Manis??"

Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar-benar membuat keajaiban

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam.

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.

3. Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang
yang tidak dipisahkan...

4. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang
tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk
anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari
kelingking, yang mewakili anak2. Cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

7. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan hairan karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain......




IBU.. LETAKKAN PIPIKU DI TANAH

Diceritakan oleh sebahagian orang-orang soleh, bahawasanya ada seorang perempuan tua yang mempunyai seorang anak lelaki yang lalai akan dirinya.

Apabila lelaki itu hampir meninggal dunia, ia meminta kepada ibunya “Ibu, letakkanlah pipiku di tanah”

Ibunya pun menuruti permintaannya.

Kemudian lelaki itu menangis dan memohon dengan sungguh-sungguh kepada Allah agar dosa-dosanya diampuni.

Menjelang kematiannya, ia berkata kepada ibunya:

“Demi Allah, janganlah ibu memberitahukan kematian anakmu ini pada seseorangpun, kuburkanlah anakmu ini di pinggir rumah ini, kerana selama ini anakmu ini telah menyakiti tetangga-tetangga anakmu yang masih hidup di dunia.

Maka anakmu ini tidak ingin menyakiti tetangga-tetangga yang telah mati, di akhirat kelak”

Ibunya pun menunaikan permintaannya, ia menguburkan anaknya di dalam rumah.

Pada suatu malam, perempuan tua itu bermimpi bahawa anak lelakinya itu berada di kebun yang indah yang di dalamnya terdapat istana-istana yang dihias indah.

Dan di antara kedua mata anaknya tertulis dengan cahaya, kalimat yang bebunyi:

“inilah hamba yang mengakui dosanya, ia bebas daripada neraka”

Ibunya berkata “berhentilah anakku, ibumu mahu bertanya, apakah puncanya engkau berada di tempat mulia ini?”

Ia menjawab “Setelah anakmu ini wafat. Aku dihadapkan kepada Yang Maha Haq, Dia berkata kepadaku ”

"wahai hamba Ku, engkau dibenci dan dijauhi dengan penuh kemarahan oleh orang-orang sekelilingmu ketika hidupmu, mereka telah menutup pintu rahmat-Ku kepadamu.

Seakan-akan keampunan-Ku tidak cukup bagi menebus segala dosa kesalahanmu.

Seakan-akan perbendaharaan kekuasaan-Ku memerlukan kebaikanmu.

Sedangkan Aku merahmatimu kerana pengakuanmu terhadap kekuranganmu, tawadduk (rendah diri) dan permohonanmu yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keampunan-Ku.

Berangkatlah menuju nikmat-Ku. Aku telah mengampunimu”.

( Sesungguhnya Rahmat Allah itu Maha Luas, berusahalah kita mendapatkanya. insyaAllah....)
I
“ Hidup ini umpama pengiraan matematik, kita tidak tahu apakah jawapan sebenarnya selagi kita tidak sampai ke penghujung pengiraannya ”.

Bermakna: hari ini mungkin kitalah seorang yang paling wara’ dan alim, tetapi jangan sesekali megah, ujub dan takabur dengan itu semua....

kerana kesudahan hidup kita belum tentu lagi bagaimana.

Begitu juga jika hari ini kitalah orang yang paling berdosa, tetapi jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah,

kerana rahmat Allah Maha Luas, pengampunannya melebihi segala-galanya.

Wallahu a'lam



KELAPA ATAU MUTIARA?

Untukmu Wanita...

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang

PERTAMA...

kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..

dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...

Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..

dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..

harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..

dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..

kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..

namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..

terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..

makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..

oleh itu...
pilihlah sendiri...

menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis rupawan..

hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LAA ILAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR!! —




RINTIHAN QALBUKU

Dulunya aku jahil..
jahil tentang diri Mu
jahil tentang kewujudan Mu
jahil tentang kurniaan Mu
jahil tentang kasih sayang Mu..

kemudian...
aku cuba mengenal diriMu
aku cuba mendekatMU

aku cuba belajar mencintaiMU
aku cuba yang termampu...

akhirnya...
aku berjaya mencapai hampir semua yang dicita..

aku berjaya merasai nikmatnya...
aku berjaya dan terus berjaya...

Alangkah indah waktu itu...
aku sentiasa rasa disayangi..
sentiasa rasa dilindungi..

seakan rahmatMu mengelilingi diri ini...
seakan Kau dan aku
seperti merpati dua sejoli...

tapi itu dulu...
dulu..tika aku rajin
menyebut namaMu..

tika aku rajin menyembah diri padaMu
tika sembahyang tidak pernah kering..

Al-quran tak pernah berabuk...
tika aku tau bezakan
dosa dan pahala...

Kini...
tikar sembahyang tergantung indah di
ampaian...

Al-quran semakin hari semakin tebal dengan
diliputi abuk.

aku makin melupai Mu
dalam kepayahan...
dalam kesusahan

aku mula mencari-cari
dimanakah Kau...

aku semakin lalai dengan dunia..
aku semakin alpa dengan syurga...
hidupku sentiasa bergelombang dosa..

Allahu Akbar....!!!



PERINGATAN BAGI YANG HIDUP (SEBELUM MATI)
(untuk diri ana dan Muslimin Muslimat sekelian)

Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud

"Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu: 1. masa muda mu sebelum dtgnya hari tua,
2. masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit,
3. masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa,
4. masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan
5. masa hidup mu sebelum dtg saat kematian" ...

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging

Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan

Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta

Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia..






AIR MATA TAUBAT

Begitulah kehebatan air mata taubat.

Tidak ternilai air mata dengan permata.

Tidak setanding 7 lautan madu dengan setitis air mata taubat.

Kerana air mata taubat mampu memadamkan api neraka.

Maka menangislah selalu.

Jangan dibazirkan air mata mu kerana menangisi nasib malang mu di dunia.

Atau kerana kehilangan sang kekasih.

Kerana memang Allah akan mengsilihgantikan antara kegembiraan dan kesedihan dalam kehidupan hamba-hamba NYA.

Agar manis senyum kesyukuran dapat diimbangkan dengan air mata taubat.

Tangisilah diri mu yang penuh dosa dan alpa.

Agar air mata taubat mu nanti menjadi pemadam api neraka.

Menangislah selalu kerana nasib kita belum tahu apakah kesudahan yang baik yang bakal kita kecapi atau kesudahan yang jelek yang menjanjikan azab sengsara

Oleh itu menangislah selalu agar tangisan mu itu menjadi penyelamat diri mu dari api neraka

Tuhan ku
Aku tidak layak untuk syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup untuk ke neraka MU
Oleh itu kurniakanlah ampunan kepada ku
Ampunilah diri ku
Sesungguhnya ENGKAU lah pengampun dosa-dosa besar

Inilah rahsia segelas air mata.

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu

rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri

Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi

Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku

Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur

Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku

Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Allah Tuhanku

Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu

rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu





MESKIPUN UMUR PANJANG

Adalah hal yang lucu, jika seseorang merayakan ulangtahun umurnya dengan penuh sukacita.

Padahal sebenarnya yang terjadi umurnya semakin berkurangan.

Bukankah yang patut mereka lakukan adalah koreksi diri atas hari-hari yang telah berlalu?

Seorang penyair berkata:

"Seorang menganggap ringan berlalunya malam padahal malam-malam itu berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi"

Kita pasti faham purata umur manusia adalah antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun.

Ada sebuah riwayat yang mengatakan bahawa Nuh a.s. adalah nabi yang umurnya paling panjang.

Suatu saat dia pernah ditanya:"Apa pendapatmu tentang dunia?"

Dia menjawab: "Dunia bagaikan rumah yang mempunyai dua pintu. Saya masuk dari satu pintu dan kemuadian keluar dari pintu yang lainnya."

Nabi Nuh a.s. yang berumur panjang (mengikut setengah riwayat 950 tahun) sahaja menganggap hidupnya sesingkat itu, lalu bagaimana dengan orang yang KEBERKATAN umurnya dicabut???

Bukankah dihari akhir nanti mereka hanya akan menghasilkan penyesalan dan kesedihan?

Hidup akan segera mereka akhiri, dan di akhirat nanti mereka akan menemukan diri mereka termasuk orang2 yang rugi dan miskin.

Allah SWT berfirman:

"Dan (ingatlah) akan hari yang (diwaktu itu) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) hanya sesaat sahaja di siang hari, di waktu itu mereka saling berkenalan."
(surah yunus, 10:45)

Firman Allah SWT bermaksud:

"Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpah orang-orang yang berdosa;mereka tidak berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat (sahaja)"

"Seperti demikianlah mereka selalu dipalingkan (dari kebenaran). Dan berkata orang-orang yang di beri ilmu pengetahuan dan keimanan(kepada orang-orang yang kafir):"

"Sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit; maka inilah hari berbangkit itu akan tetapi kamu selalu tidak menyakini(nya)"
(surah Ar-rum, 30:56)

Pada ayat lain disebut:

Allah berfirman:

"Allah bertanya:"Berapa tahunkah lamanya kamu berada di bumi."

Mereka menjawab:"Kami berada (dibumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung."

Allah berfirman:"Kamu tidak berada ( di bumi) melainkan sebentar sahaja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui."
(surah Al-Mukminun, 23:112-114 )

Kerana pada hakikatnya umur itu sangatlah pendek, maka kita seharusnya memanafaatkannya secara optima dengan melakukan amal perbuatan yang soleh yang di redhai ALLAH SWT.

Sesiapa mengetahui pentingnya waktu, maka dia sudah mengetahui erti penting kehidupan.

Kerana waktu adalah kehidupan itu sendiri.

Berapa banyak waktu yang hanya digunakan untuk bersenda gurau sehingga mereka lupa tugas utama, dan akhirnya akan menyesal ketika kematian dan hari penghitungan amal perbuatan telah tiba.




AKU DAN 4 ISTERI

Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri.

Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku.

Berminat?

Ayuh, mari ikuti kisahku.

Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat.

Dia paling muda, paling bertenaga.

Dialah isteri yang paling kucintai.

Justeru dia sangat banyak membantuku.

Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga.

Dia macam tidak pernah keletihan.

Oh, bertuah sungguh punya isteri muda yang kuat dan bertenaga.

Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.

Isteriku yang ketiga tak kurang hebatnya.

Dia antara keempat-empat isteriku, dialah yang paling cantik.

Wajahnya sangat memikat siapa sahaja yang melihat.

Pandai berhias dan bergaul dalam majlis.

Dialah yang selalu menemaniku ke majlis-majlis penting.

Oh, bangga dalam hati…apabila memperkenalkannya kepada teman-teman.

Muka dan tuturnya sangat manis kelihatan.

Isteriku yang kedua apa kurangnya.

Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti ketiga dan keempat, dia punya akal yang cerdas.

Sangat pandai dan pintar dalam menyelesaikan masalah.

Oh, sungguh bertuah…jika aku buntu, dialah yang menjadi tempat rujukku.

Ada sahaja buah fikiran dan jalan penyelesaian yang dia ketengahkan.

Aduh, inilah isteri pertama.

Rupa tidak ada.

Fikiran di tahap biasa-biasa sahaja.

Tenaganya pula sudah semakin diragut usia.

Kehadirannya semacam tiada.

Pergi tidak mengurang, datang tidak menambah.

Hendak kucerai tidak sampai hati.

Mujur, dia tidak kisah walaupun aku jarang-jarang datang menemuinya.

Bukan tidak kasihan, tetapi apa boleh buat, hatiku tidak ada lagi padanya.

Isteri tua….

Hidupku riang dan ceria sehingga satu hari, tiba-tiba kurasa badanku lemah.

Pandanganku berpinar-pinar.

Dan akhirnya aku jatuh terjelepuk sewaktu melangkah keluar daripada satu mesyuarat di pejabatku.

Dengan segera aku dihantar ke hospital.

Kaki tangan dan badanku tidak dapat bergerak-gerak lagi.

Ya Allah…apa sakitku?

Doktor datang dan berkata perlahan,

“Maaf tuan, saya terpaksa berterus-terang.”

Aku mendengarnya dengan gentar.

“Tuan diserang barah di tahap terakhir. Mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan tidak panjang. Paling lama dua bulan.

Tetapi ajal maut di tangan Allah. Banyakkanlah berdoa.


Di sudut perubatan, tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat kecuali mengambil uabt penahan sakit!”

Aduh! Bagai disambar halilintar.

Aku akan pergi buat selamanya.

Mujur, mulut masih boleh berkata-kata. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku.

Ingin kutemui mereka seorang demi seorang.

Merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini.

Pertama kutemui tentulah isteriku yang tersayang – isteri keempat.

“Yang, kau tahu abang akan pergi tidak lama lagi. Jika ditakdirkan, sudikah kalau kau mati bersamaku?

Untuk menemaniku di alam barzakh sana?” tanyaku perlahan sambil meramas-ramas tangannya penuh kasih sayang dan harapan.

“Bang, soal mati jangan buat bergurau. Abang pun tahu saya muda lagi…Abang mahu saya mati sama?

Oh, tidak. Abang perlu faham situasi saya. Jika abang mati, relakanlah saya meneruskan kehidupan dengan lelaki lain.

Takkanlah abang tegamak membiarkan saya yang masih muda ini hidup menjanda.”

Terlepas tangannya yang kupegang.

Aku renung matanya untuk mendapat kepastian.

Ya, dia pasti. Tidak ada ragu yang dapat “kubaca” daripada sinar matanya.

Jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda.

Janda muda, siapa yang tidak teringin!

Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar. Aku masih mampu melontar sisa-sisa senyuman yang masih tinggal.

Wajahnya cantik, molek dan rupawan seperti biasa. Oh, alangkah sukar untuk berpisah dengannya nanti.

“Darling, abang akan pergi selamanya…”

“Ya bang, saya sangat sedih membayangkan hidup tanpa abang disisi,” balasnya bersama tangisan.

Ah, ada harapan, bisikku dalam hati.

“Darling, sudikah kalau kau menemani abang di Barzakh nanti, sebagai bukti cinta kita?” kataku menduga cintanya.

Dia tersentak. Matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak.

Dan lehernya yang jinjang menggeleng-geleng perlahan.

“Bang, kita perlu rasional. Kecantikan saya memang untuk abang, tetapi semasa abang hidup sahaja.

Apabila abang mati, saya perlu teruskan kehidupan.

Selain daripada harta yang abang wariskan, kecantikan inilah asset saya untuk meneruskan kehidupan.”

Oh, kau juga serupa. Alangkah seksanya apabila memikirkan kecantikanmu akan dinikmati oleh lelaki lain.

Harapanku hancur.

Ya, isteri yang kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan sebarang masalah.

Tentu “masalah” ini juga mampu diselesaikannya.

“Abang perlu pandangan saya untuk menyelesaikan masalah abang?” Tanya isteri ketiga sebaik bertentang mata.

“Ya, ya…kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal.”

“Saya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah abang dengan lancar…”

“Dengan lancar?”

“Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik.

Perniagaan abang pun telah saya semak semua hutang piutangnya.

Insya-Allah, perniagaan dapat diteruskan. Abang usah risau.

Batu nisan yang mahal tealah saya tempah.

Begitu juga dengan tanah perkuburan.

Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah sudah pun saya tentukan.

Abang jangan takut, semuanya sudah selesai saya uruskan.”

“Bukan itu masalah abang. Itu bukan masalahnya.

Tapi masalah abang ialah abang takut hidup bersendirian dalam kubur.

Sekian lama kau dapat menyelesaikan semua masalah abang…kini bantulah abang seperti biasa.”

“Apa masalahnya, bang?”

“Sudikah kau menemani abang di alam kubur?”

Isteri keduaku terkejut.

Dia menutup muka dan berlalu segera sambil menangis.

Harapanku hancur.

Semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi.

Aku terkapai-kapai sendiri untuk menghadapi hidup selepas mati.

Alangkah sepinya hati dan ngerinya nanti.

Tiba-tiba….”Assalamualaikum, bang.”

Ah, terlupa…aku masih lagi punya satu isteri lagi – isteri pertama.

“Wa'alaikum salam,” jawabku hambar.

Aku tidak mengharap apa-apa daripadanya.

Aku tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti.

Mustahil dia yang sering aku tinggalkan sudi menemaniku.

“Terima kasih kerana abang masih sudi menemui saya,” katanya sebaik bersalaman.

Isteri pertamaku merenung mataku.

Matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut daripada cahaya pandangannya walaupun usianya sudah lanjut.

“Abang, saya sanggup menemani abang. Ke mana sahaja. Di mana jua.

Saya sanggup menemani abang sekalipun terpaksa mati bersama.

Jika ditakdirkan, saya sanggup menemani abang di alam kubur!”

Ah, alangkah gembiranya hatiku.

Rupa-rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna.

Aku terharu dengan keikhlasannya.

Dialah hakikatnya isteri sejati dan hakiki walaupun tidak ada tenaga, rupa dan idea.

Saudara-saudari, siapa ‘aku’ dalam cerita di atas?

Siapa lagi kalau bukan diri kita.

Kitalah yang punya empat ‘isteri’.

Isteri keempat ialah jasad dan tubuh kita.

Daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga.

Justeru, “dia” kita jaga sepenuhnya.

Diberi makan dan minum dan dilindungi daripada penyakit.

Kita sangat sayang kepadanya.

Masa, harta dan perhatian kita selalunya dihabiskan sepenuhnya dan seluruhnya untuk membelai anggota badan kita.

Jangan sakit, cacat dan lemah.

Pelbagai makanan tambahan, ubat-ubatan serta rawatan kita usahakan untuk mendapat tenaga daripada tubuh badan.

Isteri ketiga kita ialah harta.

Siang malam kita memikirkan bagaimana menambahnya.

Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga.

Tidak cukup dengan kerja yang ada, kita usahakan kerja tambahan.

Apabila wang bertambah, simpanan meningkat, kita belikan asset.

Kita bangga “memperagakan” rumah, kereta dan segala asset pencarian kita.

Ironis sekali, seolah-olah “nilai” kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki itu.

Isteri kedua kita ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita.

Pada merekalah kita meluahkan masalah.

Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian.

Merekalah yang selalu kita temui, jemput dan raikan dalam hidup.

Hidup akan sepi tanpa mereka di sisi.

Isteri pertama kita ialah amal ibadah kita kepada Allah.

Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan.

Bila hendak menambah amal?

Nantilah......esok masih ada.

Bila hendak taubat?

Tunggu dulu....usia masih muda.

Segala kebaikan sama ada yang berbentuk hablumminallah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan sesama manusia) sering tidak mendaoat keutamaan.

Segala-galanya hanya seperti “isteri tua” yang tidak mengghairahkan dan menggiurkan lagi.

Namun, akan tiba masanya nanti (dan itu pasti), akan terserlah jua mana “isteri” yang benar-benar jujur dan setia.

Ketika saat berangkat yang didahului oleh sakarat itu, apakah ada debu amal kita yang akan bertukar menjadi permata?

Aduh! Alangkah sepi dan malangnya kita pada malam pertama di alam kubur sana nanti…tanpa “isteri” yang sudi mendakap kita...





KITA PASTI MATI !

Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat.

Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur.

Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.

Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang, mengucap........Asyhadu al Laa ilaha illallah........."

Ucapan itu di bisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku.

Manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.

Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita
perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah?

Datang lah ke sini. Aku ingin berbicara denganmu...datanglah.....

Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta?

Tidak!!!! Aku tidak mahu buta.

Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah."

Abangkah yang bersuara itu?

Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang.

Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah"...sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.

Ibu, kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya nanti, kita akan berpisah.

Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku.

"Yaaa...siiin......"...bacaan Yaasin terngiyang-ngiyang di telingaku.

Aku tahu itu suara abang. Tetapi Kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????

Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang.

Sedetik lagi izrail datang.

Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut......!!

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.

Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi.

Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.
Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku. Aku takut".

Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak?

Aku di lambung resah, gelisah dan penuh ketakutan...

Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga, haus, panas........" tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang, "Nenek...........".

"Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".

Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya."

Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama Yahudi."

Ayah.......kau datang ayah.......

"Matilah dalam agama Yahudi anakku. Matilah dalam agama Nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??

Kenapa kau berubah laku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang, mengucap.

Asyhadu al Laailaha illallah......".

Ucapan itu di ajukan sekali lagi ke telingaku.

Itu suara ibu.

Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang.

"Mari ikut kami".

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami".

Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang.

"Apa ini, apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......".

Aku tersentak.

Roh ku berselerak di dalam tubuhku.

Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk kehidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?

Ah,busuknya, hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".

"Siapa yang memberi salam itu?".

"Aku".

"Kau siapa wahai pemuda???".

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini.

Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.

Tanpa di pedulikannya......jijik,loya, aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".

"Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini?".

"Aku sahabatmu ,kau yang membuat aku hari-hari".

"Bohong!".

Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.

Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.

Ya. Aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.

Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.

Solatku kerana kawan dan bukannya ikhlas kerana Allah.

Pergaulanku bebas, tak kenal mahram ataupun tidak.

Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk
bertaubat.

Apa yang harus aku lakukan!!!!!

Surah Yaasin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.

Aku melihat kak long dan kak ngah menangis.

Aku juga lihat mata abah bengkak.

Tiba-tiba badanku di sirami air.

Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!

Kenapa air ini berbau air kapur barus.

Tolong jangan tekan perutku dengan
kuat, sakit!

Kenapa ramai orang melihat aku???

Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang.

Aku lihat kain putih dibentangkan.

Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.

Kapas di bubuh di celah-celah badanku.

Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!! Jangan bungkus aku.

Kenapa kalian semua buat aku macam ini?

Tolong...rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.

Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkan aku.

Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.

Tapi kenapa aku disembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri???

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".

Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di
dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?

"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku di usung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!"

Kedengaran suara tok imam.

Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.

Tapi kemana di bawanya aku?.

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya?

Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!"

Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.

Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!

Aku seram!!!".

Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki.

Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".

"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......

Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

"Sesungguhnya mati itu benar

alam barzakh itu benar,

siratul mustaqim itu benar,

syurga dan neraka itu juga benar........".

Sayup sayup aku terdengar tok imam terus membaca talkin,

tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.

Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.

Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.