Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 10 January 2012

Buatmu Suamiku.. :)

Suamiku,
Aku ingin menjadi bintang yang bersinar,
biarlah sinarnya tidak di segenap ruang bumi,
asalkan sinarnya memancar hebat di segenap ruang hatimu..
Suamiku,
Aku ingin memaklumi,
Bahawa aku bukanlah wanita yang secekal Maryam,
Aku bukanlah wanita yang setabah Hajar,
Namun, aku akan berusaha menjadi yang terbaik antara yang terbaik,
Biarlah hanya dalam hatimu,
Walaupun tidak segenap bumi.
Suamiku,
Maafkan diriku,
andai lakuku mengguris hatimu,
andai tutur kataku mencalar hatimu,
kerana aku hanyalah manusia biasa,
yang sering berbuat khilaf dan dosa.
Suamiku,
terima kasih aku ucapkan,
terima kasih kerana kau menyambutku dengan salam mesra dari hatimu,
terima kasih kerana kau menerimaku dengan kucupan kasih sebening embun pagi.
Suamiku, 
ingin aku lukiskan di dinding cinta kita,
lakaran mahligai yang ingin aku bina bersamamu,
biar kau tahu betapa besarnya impian yang ingin ku bina bersamamu.
Suamiku,
ingin aku garapkan sesuatu untukmu,
sesuatu itu adalah nota cinta khas untukmu,
meski sekarang kau belum disisiku,
meski sekarang aku tidak tahu dimana keberadaanmu,
namun, aku sentiasa menunggu,
menunggumu sampai tiba masanya,
nota cinta ini,
akan aku simpan,
dan akan ku berikan padamu,
saat lafaz ijab dan qabul dilafazkan.
waktunya, aku sendiri tidak tahu bila,
bersabarlah wahai hati,
bersabarlah wahai suami,
masa itu akan tiba,
suatu hari nanti.


Suamiku,
percayalah,
Allah akan sampaikan rindu dan cinta kita,
tanpa dicemari setitis noda pun,
hatta sebesar zarah,
jika kau benar2 ikhlas menyintaiku keranaNya,
dan jika aku benar2 ikhlas menyintaimu keranaNya,
insyaAllah cinta dan rindu kita tidak akan dicemari apa2 pun.
Aku yakin.


Buat masa ini, hatimu dan hatiku perlu bersabar untuk disatukan,
bersabar dan bersabar,
menanti dan terus menanti,
akan datang masa itu,
suatu hari nanti,
aku pasti.


Aku menunggumu di sini wahai suamiku..


~ Fatin Mujahidah ~

No comments:

Post a Comment