Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 31 January 2012

RINTIHAN QALBUKU

Dulunya aku jahil..
jahil tentang diri Mu
jahil tentang kewujudan Mu
jahil tentang kurniaan Mu
jahil tentang kasih sayang Mu..

kemudian...
aku cuba mengenal diriMu
aku cuba mendekatMU

aku cuba belajar mencintaiMU
aku cuba yang termampu...

akhirnya...
aku berjaya mencapai hampir semua yang dicita..

aku berjaya merasai nikmatnya...
aku berjaya dan terus berjaya...

Alangkah indah waktu itu...
aku sentiasa rasa disayangi..
sentiasa rasa dilindungi..

seakan rahmatMu mengelilingi diri ini...
seakan Kau dan aku
seperti merpati dua sejoli...

tapi itu dulu...
dulu..tika aku rajin
menyebut namaMu..

tika aku rajin menyembah diri padaMu
tika sembahyang tidak pernah kering..

Al-quran tak pernah berabuk...
tika aku tau bezakan
dosa dan pahala...

Kini...
tikar sembahyang tergantung indah di
ampaian...

Al-quran semakin hari semakin tebal dengan
diliputi abuk.

aku makin melupai Mu
dalam kepayahan...
dalam kesusahan

aku mula mencari-cari
dimanakah Kau...

aku semakin lalai dengan dunia..
aku semakin alpa dengan syurga...
hidupku sentiasa bergelombang dosa..

Allahu Akbar....!!!



PERINGATAN BAGI YANG HIDUP (SEBELUM MATI)
(untuk diri ana dan Muslimin Muslimat sekelian)

Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud

"Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu: 1. masa muda mu sebelum dtgnya hari tua,
2. masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit,
3. masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa,
4. masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan
5. masa hidup mu sebelum dtg saat kematian" ...

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging

Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan

Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta

Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia..






No comments:

Post a Comment