Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 12 January 2012

NILAI KASIH IBU

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00


JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat
yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai
Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari
ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.

Ingatlah: Pengorbanan seorang ibu terlalu tinggi nilainya......dan tidak dapat dinilai dengan harta benda...Ingatlah sahabatku...Syurga seorang anak adalah di telapak kaki ibunya..

No comments:

Post a Comment