Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 4 January 2012

MUHASABAH BERSAMA

Alhamdulillah..

Suasana beriktikaf di masjid sudah mula terasa. Tersentuh juga apabila melihat si ayah membawa anak-anaknya yang masih kecil tidur bersama-sama di masjid. Subhanallah.. Indahnya..

Masjid mulai terang.

Bacaan ayat-ayat al-Quran terus bergema tiada henti dari lisan mereka yang mencari cinta.

Walaupun yang memeriahkan malam-malam penghujung Ramadhan ini masih lagi terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan mereka yang memeriahkan pasar raya dan kedai langsir.

Tapi, insya-Allah. sedikit peringatan untuk semua dan yang paling penting untuk diri ini yang sangat hina di mata
Rabb-nya.



Akankah aku bertemu dengan malam itu. Jika aku menemuinya sekalipun, aku menemuinya untuk apa?

Cukuplah.

Jika 20 malam yang sudah berlalu itu kita lalui sama sahaja dengan malam-malam yang lain. Dipenuhi dengan kemaksiatan, buang masa. Ada yang mungkin juga penuh dengan Dota dan counter strike, tak kurang juga yang masih lagi seronok berdating iftar sama-sama di dalam bulan yang Allah muliakan ini. Sesuatu yang sepatutnya menjadi satu ibadah, tapi malangnya sedar atau tidak ianya dicemari dengan nilai-nilai hina kemaksiatan.

Maka, mari kita pastikan malam yang mendatang ini akan menjadi lebih baik! Bukan setakat lebih baik, tapi kita harapkan ianya menjadi yang terbaik!


Terbaik pada mata siapa?


Bukan pada mata awek kita. Mata kawan kita. Mata mak ayah kita.


Tetapi, pastinya pada mata murobbi kita yang paling utama.


Bukan murobbi halaqoh!


Tetapi, Allah yang Maha Kuasa.


Mari kita sama-sama saling membantu satu sama lain dalam membina kembali momentum kita dalam berislam. Agar kita dapat merealisasikan rasa takwa dalam diri kita. Kerana itulah tujuan akhir dari Ramadhan ini.

Tetapi, jangan hanya Ramadhan sahaja kita bertakwa, lepas tu jadi syaitan balik. Jangan…

Jika Allah selalu menadah Tangan-Nya di siang dan malam hari untuk menerima taubat dari kita, kenapa kita
kadang masih lagi liat untuk menadah tangan memohon ampunan daripada-Nya?

Cari Semula Kunci Hatimu


Manfaatkan saat Ramadhan yang masih ada ini untuk mencari semula di mana terletaknya kunci hati kita.

Cari semula kunci yang mungkin sudah lama hilang itu.

Dan buka semula mangga-mangga hati kita agar ianya semakin terasa manis, terasa bahagia ketika kita berkhalwat dengan Kekasih kita, iaitu Allah.


Dan agar hati kita semakin suburnya rasa komitmen dalam mahu berbuat yang terbaik dalam dakwah dan tarbiyah. Demi agama Allah.

Agar ianya menemukan cinta dan keredhaan Sembahannya. Iaitu Allah..



Hadirkan air mata ketika tahajjud kita di hadapan-Nya,
Hadirkan rasa syukur ketika bertemu dengannya Dhuha bersama-Nya,
Hadirkan rasa tenteram ketika kita berzikir mengingati-Nya,
Hadirkan rasa hina ketika beristighfar kepada-Nya,
Hadirkan rasa cinta ketika membaca kalam-kalam-Nya..


Hadirkan juga hati kita. Hadirkan ia dengan penuh kemurnian dan kesucian. Penuh kehinaan dan ketundukan.

Untuk bertemu dengan kekasih yang selalu kita rindui.. Iaitu.. Allah..


Carilah Malam al-Qadr demi meraih cinta dan redha Allah.

Bukan hanya sekadar menantikannya….



"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur'an) pada malam qadar.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahtera (malam itu) sampai terbit fajar."
[QS al-Qadr, 97:1-5]

No comments:

Post a Comment