Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 1 January 2012

MENJENGUK DAN MENJEJAKI KEDUDUKAN RASULULLAH

Saat itu,hari masih malam. Bulan masih berenang di alam semesta dan bintang-bintang juga masih bergantungan di langit yang luas terbentang. Dalam keheningan malam ini, di salah sebuah sudut dalam bilik yang sangat sederhana,terdengar suara orang berbisik, "Wahai isteriku, ikhlaskah kamu sekiranya malam giliran kamu ini saya gunakan bagi beribadat kepada Allah?"
    "Suamiku,kekasih Allah. Saya berasa selesa sekiranya berada di sampingmu. Namun saya ikhlas dengan apa yang kamu sukai. Kamu gemar beribadat kepada Allah. Bagaimana mungkin saya tidak mengikhlaskannya?" Jawab Aisyah dengan lembut.
     "Sejurus kemudian, pasangan suami isteri yang agung ini mengambil wudhuk. Kedua-duanya lalu tegak dalam kesolehan qiamullail, ibarat Jabal Rahmah yang memancang kuat menembusi lazuardi keimanan. Takbir kedua-duanya berkumandang bersama keagungan Tuha. Bacaan firmannya bergetar bersama-sama deraian air mata, mengharap keredhaan Zat yang menggenggam ubun-ubun kesedaran mereka. Begitu juga dengan gerak rukuk dan sujud mereka, berharmoni dengan gerakan dunia alam semesta. Begitulah ikhlasnya mereka memenuhi panggilan suci ini. Panggilan bagi menjadikan mereka lebih mulia mulia dalam menggapai maqaman mahmuda iaitu singgahsana kehormatan.
     Inilah sebuah peristiwa malam yang diceritakan oleh Aisyah kepada Atha' semasa temannya itu bertandang ke rumah ummul mukminat. Kisah yang dituturkan melalui Ibnu Mardawih ini adalah salah satu daripada banyak kisah yang menunjukkan usaha Rasulullah saw menghidupkan sisa-sisa malam. Tahajud adalah cerita malam yang menunjukkan kepada kita mengenai semangat penghambaan makhluk kepada Tuhan.
    Subhanallah,malam itu Rasulullah saw dan Aisyah solat dengan lamanya. Mereka solat sehingga azan Subuh berkumandang. "Biasanya Rasulullah saw tidak pernah datang lewat ke masjid. Apa yang berlaku agaknya?" tanya Bilal kepada para jemaah yang sudah kelihatan gelisah menunggu kedatangan pemimpin mereka itu. Lalu dia pergi menyusul ke rumah Rasulullah saw.
    Apabila dia sampai di rumah Rasulullah saw, dia mendapati beliau sedang menangis. "Wahai Rasulullah, kenapa kamu menangis? Bukankah Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan kamu?" Tanya bilal kehairanan.
   "Sahabatku, bagaimana aku tidak menangis kerana semalam wahyu turun kepadaku. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi yang silih berganti malam,  terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. Iaitu orang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan duduk, berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata ,"Ya Allah, tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau da peliharalah kami daripada seksa api neraka." (Surah Ali Imran ayat 190 hingga 191)
    "Rugilah orang yang membaca ayat ini tetapi tidak menghayati kandungannya." tambah Rasulullah saw sebelum beredar dari rumahnya.

No comments:

Post a Comment