Tuesday, 31 January 2012

IBU.. LETAKKAN PIPIKU DI TANAH

Diceritakan oleh sebahagian orang-orang soleh, bahawasanya ada seorang perempuan tua yang mempunyai seorang anak lelaki yang lalai akan dirinya.

Apabila lelaki itu hampir meninggal dunia, ia meminta kepada ibunya “Ibu, letakkanlah pipiku di tanah”

Ibunya pun menuruti permintaannya.

Kemudian lelaki itu menangis dan memohon dengan sungguh-sungguh kepada Allah agar dosa-dosanya diampuni.

Menjelang kematiannya, ia berkata kepada ibunya:

“Demi Allah, janganlah ibu memberitahukan kematian anakmu ini pada seseorangpun, kuburkanlah anakmu ini di pinggir rumah ini, kerana selama ini anakmu ini telah menyakiti tetangga-tetangga anakmu yang masih hidup di dunia.

Maka anakmu ini tidak ingin menyakiti tetangga-tetangga yang telah mati, di akhirat kelak”

Ibunya pun menunaikan permintaannya, ia menguburkan anaknya di dalam rumah.

Pada suatu malam, perempuan tua itu bermimpi bahawa anak lelakinya itu berada di kebun yang indah yang di dalamnya terdapat istana-istana yang dihias indah.

Dan di antara kedua mata anaknya tertulis dengan cahaya, kalimat yang bebunyi:

“inilah hamba yang mengakui dosanya, ia bebas daripada neraka”

Ibunya berkata “berhentilah anakku, ibumu mahu bertanya, apakah puncanya engkau berada di tempat mulia ini?”

Ia menjawab “Setelah anakmu ini wafat. Aku dihadapkan kepada Yang Maha Haq, Dia berkata kepadaku ”

"wahai hamba Ku, engkau dibenci dan dijauhi dengan penuh kemarahan oleh orang-orang sekelilingmu ketika hidupmu, mereka telah menutup pintu rahmat-Ku kepadamu.

Seakan-akan keampunan-Ku tidak cukup bagi menebus segala dosa kesalahanmu.

Seakan-akan perbendaharaan kekuasaan-Ku memerlukan kebaikanmu.

Sedangkan Aku merahmatimu kerana pengakuanmu terhadap kekuranganmu, tawadduk (rendah diri) dan permohonanmu yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keampunan-Ku.

Berangkatlah menuju nikmat-Ku. Aku telah mengampunimu”.

( Sesungguhnya Rahmat Allah itu Maha Luas, berusahalah kita mendapatkanya. insyaAllah....)
I
“ Hidup ini umpama pengiraan matematik, kita tidak tahu apakah jawapan sebenarnya selagi kita tidak sampai ke penghujung pengiraannya ”.

Bermakna: hari ini mungkin kitalah seorang yang paling wara’ dan alim, tetapi jangan sesekali megah, ujub dan takabur dengan itu semua....

kerana kesudahan hidup kita belum tentu lagi bagaimana.

Begitu juga jika hari ini kitalah orang yang paling berdosa, tetapi jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah,

kerana rahmat Allah Maha Luas, pengampunannya melebihi segala-galanya.

Wallahu a'lam



No comments:

Post a Comment