Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 12 January 2012

TEMU JANJI PERTAMA KAMI

Bismillahirrahmanirrahim.
.
Temu janji pertama kami.
Tidak.
Aku tak memerlukan bangunan yang tinggi-tinggi.
Dengan plat 5 bintang digantung menghiasi dinding sepi.
Aku tidak inginkan makan malam dengan lilin yang menerangi.
Ditambah pula dengan pemain biola yang menari-menari.
Juga cincin yang dimasukkan dalam minuman yang boleh menyebabkan aku tertelan, lalu tercekik mati.
errkkk !!

Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” [Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi]

Tapi.
Temu janji pertama kami.
Aku hanya mahu abah sebagai wali.
Ditemani keluarga yang tersenyum bahagia mengelilingi.
Mungkin ditambah dengan suara kanak-kanak riang yang berlari-berlari.
Doa para hadirin yang turut mengiringi.
Dan yang paling utama.
Temu janji pertama kami ini.
Diredhai Ilahi.

No comments:

Post a Comment