Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 29 January 2012

CINTA SETELAH AKAD

Cinta yang ingin dirasakan..Cinta yang begitu dirindukan,Dimana semua orang sangat menunggu saat itu tiba,.Semua berharap segera dapat berjumpa

Cinta setelah nikah,Dimana keberkahan dari Allah,Tercurah kepada sepasang manusia yang telah halal baginya,Cinta yang diredhai,penuh keampunan serta kasih sayang Allah

Cinta setelah nikah merupakan perjuangan,Hujan badai dan gelombang kehidupan datang silih berganti,Jadikanlah perbezaan bukan sebagai jarak yang memisahkan..
Melainkan untuk saling melengkapi,Setiap manusia memiliki karakter yang berbeza.
Tak ada manusia yang sempurna kerana kesempurnaan hanya milik Allah semata.

Jangan biarkan cinta itu redup,kemudian mati,Tumbuhkan cinta itu kerana Allah.
Saat engkau terguris luka dan kecewa,Tulislah di hamparan pasir agar sirna ditelan ombak kecintaan kerana-Nya.

Saat kebahagiaan menghiasi,Maka ukirlah di batu karang kerana bila badai ombak kehidupan menerjang ia akan kukuh dalam naungan cinta-Nya

Maka...Bila segala dugaan datang menghampiri,Bila badai ombak kehidupan menerjang,Kita selesaikan dengan cinta,sayang..Kerana aku mencintaimu kerana Allah...

Ingat...??..kata-kata yang hanya boleh di ucapkan untuk dia yang telah halal bagimu..






No comments:

Post a Comment