Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 29 January 2012

Nikah Muda. Teruk Sangat Ke?

"Eii.. kawin muda ni mesti ada apa-apa ni.."
"Tu yang nak kahwin umur muda tu, mesti ada apa-apa"
"Menggatal sangatlah tu. Belajar lagi nak nikah dah."
"Pantang nampak jantan, semua di sapu, muda-muda, gatal nak nikah,"

Itu antara kata-kata yang akan diucapkan oleh orang sekeliling tatkala melihat orang yang nikah di usia muda. Fenomena ini pasti berlaku pada setiap orang yang nikah di usia muda. Hendak tidak hendak, terpaksa ditelan jua. Hei orang-orang muda, teruskanlah niatmu. Teruskanlah mengorak langkahmu menuju ke arah yang lebih baik. Jangan diambil kira kata-kata manusia, yang penting anda mengambil kira pandangan Allah. Pandangan Allah itu yang mustahak.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya tertanya-tanya, apakah yang menyebabkan golongan seperti ini dipandang hina oleh masyarakat. Pada saya, ia sangat-sangatlah bagus. Melengkapkan separuh lagi agama. 

Ibu bapa di luar sana, anda menyekat anak-anak anda bernikah, andai kata dia balik membawa cucu yang 'tak diundang', apa kata anda?
Ibu bapa di luar sana, anda menyekat anak anda bernikah, andai kata dia balik mengatakan ''saya sudah tidak suci lagi'', apa kata anda?
Ibu bapa di luar sana, anda menyekat anak anda bernikah, andai kata dia balik mengatakan, ''hancur masa depan saya!'', apa kata anda?
Ibu bapa di luar sana, anda menyekat anak anda bernikah, andai kata dia balik mengatakan ''saya terlanjur!'', apa kata anda?

Bukankah nabi SAW telah bersabda maksudnya lebih kurang begini, ''Dua perkara yang perlu disegerakan, iaitu segerakan mengebumi mayat dan menikahkan anak perempuan yang telah baligh apabila telah sampai masanya.'' 

Jadi, apa masalah anda? Kata-kata nabi, anda nak tolak? anda nak tepis? Ingatlah, nikah mengundang pelbagai hikmah dan menolak pelbagai keburukan. 

Apabila anak-anak anda mengatakan yang dia sudah bersedia menikah, dan sudah mempunyai calon, segerakanlah urusan itu. Tidak salah dan tidak hina jika anak-anak anda ingin menikah di usia muda, malah, anda harus bersyukur kerana anak anda akan terselamat dari beberapa godaan dunia. 

Biarlah dia memimpin tangan wanita yang sah menjadi isterinya, daripada dia memimpin tangan wanita yang bukan muhrimnya.
Biarlah dia mencium pipi wanita yang sah menjadi isterinya, daripada dia mencium pipi wanita yang belum sah menjadi miliknya.
Biarlah dia mengucup hangat dahi wanita yang sah menjadi isterinya, daripada dia mengucup hangat dahi wanita yang bukan sah miliknya.

Fikir2kan.. Keputusan di tangan anda. Gejala buang bayi makin berleluasa. Pastikan anak-anak anda tidak terlibat dengan gejala itu. Nikah Connecting People.  :')

Utamakan yang baik, Dahulukan yang terbaik!
Buatlah pilihan yang terbaik dari yang terbaik.
Anda mampu mengubahnya. :D


No comments:

Post a Comment