Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 10 January 2012

Tunggu. Kosong. Tunggu lagi. Kosong juga?

Aku tak tahu nak bicara apa. Benar. Ini kata hatiku. Bukan aku mahu meratap di dinding seperti yahudi. Tetapi ku seru niatkanlah anggapan kalian luar daripada prasangka. Buat mereka yang berkenaan, aku masih mengharapmu untuk membacakan ini. Terasalah dari hati yang jujur. Buang dahulu anggap dan sangkamu. Bersihkan.


Buat dia yang masih istimewa,
Aku mungkin kau lihat sbg kaca, tidak bersinar menyerlah seperti tatah permata. Aku sekadar tidak perlu kau simpan utk dijadikan perhiasanmu. Namun, pernah ada waktu kau sekangkan hati ini. Ada hati lain yg mahu sekangkan jua. Tapi tidak ku cuba longgarkan. Maka aku ketatkan dengan harapan padaNya. Hmm, yang itu tentunya tidak kelihatan. Sudahlah, ia tidak berhasil pun. Straight to my point, meskipun tiada khabaran darimu, bila ada yang menghantar mataku mencakna tentangmu, itu Pencipta kita. Kau akan jauh. Aku tak tahu jauh sampai mana dirimu. Yang ku tahu aku akan kosong. Kosong. Hanya boleh ku hantar harapan semoga kau selamat di kejauhan.

Untuk dia sayang abadi,
Jauh. Kau juga bakal menjauhiku. Seorang dan sendiri. Kosong ? Tidak yang itu, kau sudah yakinkan diriku rabithah ini sudah diikat mati di dahan syurga firdausi. Tapi ku tetap merasa sunyi. Insan-insan ini hilang di mataku. Di hatiku ? Jauh itukah yang membuat kalian hilang di hatiku ?

Allah. . . .
Sediakanlah jawapan yang khaer untukku. Jika ya, maka Kau paut sabar ini ketat dalam dada. Jika tidak, maka Kau paut ikhlas ini erat dalam jiwa. Semoga redhaMu menjulur ke kawasan hidupku. Aminn :')

No comments:

Post a Comment